سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (1
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (2) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (3) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (5) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (6)صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (7)
Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4)Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)
Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

sahabat islam

Wednesday, August 12, 2009

Air Liur dan khasiatnya

Air liur???jijiknye...

tetapi...untuk pengetahuan sahabat...

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi

adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh
badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang
lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari
tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka,
berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

----------------------------------------------------------------------

Sedarkah kita semua bahawa Air adalah 'ibu' segala ubat. Air adalah makhluk Allah yang mempunyai sifat yang sangat unik. Pernahkah anda dengar kisah anak derhaka yang sakit teruk tetapi sembuh apabila minum air dari bekas basuhan kaki dari wudu' ibunya (dengan izin Allah). Bagaimana pula kisah ramai orang yang baik dari sakit Kanser dengan menggunakan air zam-zam semasa tinggal di Makkah selama hanya 1 bulan. Kenapa pula orang-orang alim ketika hendak tawarkan air dengan ayat Al-Quran memesan supaya ambil air yang diambil terus dari paip atau yang lebih baik air kolah/tangki Masjid atau Surau, bukan air yang dimasak? Tahukah anda, air liur basi dalam mulut kita setiap kali selepas bangun tidur itu adalah antibiotik yang paling kuat di dunia? Kalau anda bangun tidur terus gosok gigi, maka anda sangat rugi. Kenapa pula kita letakkan air semasa membaca surah Yaasin setiap malam Jumaat dan bukannya nasi atau ayam goreng dsb? Mengapakah Air digunakan sebagai perantaraan & simbolik? Sebabnya ialah kerana air yang 'Hidup' mempunyai 3 sifat utama

1) mengingat

2) Menghafal &

3) Memindahkan.

Kita dicipta oleh Allah dari unsur Tanah & Air. Sekiranya kita jatuh sakit, maka rawatan yang paling ampuh ialah bahan unsur dari asal kejadian kita ini.


wallahualam

selamat beramal